Di menara gading ini seorang guru tua
menatang wajah ke awan biru
melihat sandiwara hidup
mengolak detik-detik khayalan
kian terus membara
penuh pahit, penuh sengsara
mencengkam anak-anak nan gagal mencipta
memusnah membantut kreativiti anak-anak yang kurang bernasib ini
berpusu-pusu bekerja melata apa saja
cukup sekadar keperluan pakai, makan dan minum
bukan apa!
peningkatan ilmu yang dimamah
tidak bisa menjadikan mereka selesa.
Di menara gading ini seorang guru tua
menatang wajah ke awan biru
mengharungi kepahitan terus-menerus
tetapi bagi sekian lama pengorbanannya
berdiri megah, berbaris segak ala tentera anak-anaknya
bukan apa!
ilmu di dada cukup sekadar membantu mereka
mempertahankan agama, bangsa dan negara tercinta.
Di menara gading ini seorang guru tua
menatang wajah ke awan biru
kepinginan ia syurga impian dan idaman
setelah sekian lama membasahi keringat
muncul lagi anak-anaknya
berjubah kemas segak
berjaya melepasi tembok ini.
Terukir senyum kemenangan di wajah tua ini
menara gagah itu menjadi saksi
segala penat lelah
menjernlhkan bintik-bintik kejayaan
menghapuskan ranjau derita
ruang-ruang kepahitan terhapus sepi.
Kami tetap bersamamu
jasamu dikenang
ajaranmu menjadi panduan
senyumanmu menggembirakan
cebisan didikanmu menjadi pegangan
bersemadi hingga akhir hayat.
Betul tu, itulah kita sebagai seorang guru... jika anak-anak didik kita berjaya, ia pasti hadiah yang begitu bermakna... tapi sekiranya kita gagal mendidik mereka menjadi insan yang berguna, itu juga adalah kegagalan kita sebenarnya.
ReplyDeleteSajak yg bagus utk dihayati...
ReplyDeleteTerkesan dan berkesan.
ReplyDeleteTerima kasih.
Lubuk Keronge
Di rumah, ibu bapa berperanan mendidik anak-anak. Di sekolah kita bertanggungjawab mengambil alih peranan ibu bapa.... berat tu...
ReplyDeletemenyentuh jiwa insan guru ini
ReplyDeletehttp://rotifahomar.blogspot.com
kitapun akan tua suatu hari nanti..insyaallah semua yg kita ajar ni akan ada balasannya....:)
ReplyDeletejasa seorang guru akan dikenang sehingga akhir hayat.
ReplyDeleteSajak yang menyentuh perasaan.
ReplyDelete