Wednesday, July 13, 2011

RAMADHAN BAKAL MENJELANG

Tidak lama lagi bulan  Ramadhan akan tiba. Umat Islam akan berpuasa selama sebulan. Ikutilah tips yang mana mungkin boleh membantu anda ketika berpuasa.... insyaAllah


http://www.koleksiartikel.com/agama-and-rohani/islam/12-langkah-agar-puasa-kita-sempurna.html


SELAMAT BERPUASA....

Sunday, July 10, 2011

SEKITAR HARI LARIAN 1 MALAYSIA - S.K.TAMAN RIA,SG. PETANI PADA 2 JULAI 2011.



pendaftaran peserta larian











acara senamrobik sebelum memulakan larian
 







acara larian bermula.... berlari sekitar kawasan sekolah dan taman.










acara penyampaaian hadiah kepada pemenang.

Thursday, July 7, 2011

Hayatilah... fahamilah ... dan renungkanlah....

                  Bisikan Hati Seorang Guru Tua

Di menara gading ini seorang guru tua
menatang wajah ke awan biru
melihat sandiwara hidup
mengolak detik-detik khayalan
kian terus membara
penuh pahit, penuh sengsara
mencengkam anak-anak nan gagal mencipta
memusnah membantut kreativiti anak-anak yang kurang bernasib ini
berpusu-pusu bekerja melata apa saja
cukup sekadar keperluan pakai, makan dan minum
bukan apa!
peningkatan ilmu yang dimamah
tidak bisa menjadikan mereka selesa.

Di menara gading ini seorang guru tua
menatang wajah ke awan biru
mengharungi kepahitan terus-menerus
tetapi bagi sekian lama pengorbanannya
berdiri megah, berbaris segak ala tentera anak-anaknya
bukan apa!
ilmu di dada cukup sekadar membantu mereka
mempertahankan agama, bangsa dan negara tercinta.

Di menara gading ini seorang guru tua
menatang wajah ke awan biru
kepinginan ia syurga impian dan idaman
setelah sekian lama membasahi keringat
muncul lagi anak-anaknya
berjubah kemas segak
berjaya melepasi tembok ini.

Terukir senyum kemenangan di wajah tua ini
menara gagah itu menjadi saksi
segala penat lelah
menjernlhkan bintik-bintik kejayaan
menghapuskan ranjau derita
ruang-ruang kepahitan terhapus sepi.
Kami tetap bersamamu
jasamu dikenang
ajaranmu menjadi panduan
senyumanmu menggembirakan
cebisan didikanmu menjadi pegangan
bersemadi hingga akhir hayat.


JURNAL ICT DALAM PENGAJARAN MATEMATIK

http://eprints.utm.my/10133/1/Noraziah_binti_Kassim@Aziz.pdf


PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DI KALANGAN GURU – (GURU PELATIH UTM)

Sinopsis
             Kajian yang melibatkan lima orang responden ini bertujuan untuk menganalis aspek kelebihan, kelemahan dan masalah-masalah yang dihadapi dalam penggunaan  Information Communication Technology ( ICT )  dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual dan pencerapan untuk mendapatkan data yang akan dianalisis menggunakan analisis kualitatif.
            Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik amat digalakkan seiring dengan ledakan maklumat zaman kini. Hasil dapatan kajian ini, didapati bahawa kelima-lima responden tersebut menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini telah menarik perhatian pelajar untuk memahami isi pengajaran kerana banyak animasi dipaparkan. Selain itu, pelajar akan lebih nampak gambaran sebenar isi pengajaran guru. Pelajar juga lebih bersemangat dan memberikan sepenuh perhatian dan tumpuan semasa guru sedang mengajar. Kelebihan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran seterusnya ialah membantu untuk memudahkan pemahaman pelajar dalam tajuk yang diajarkan dan meningkatkan prestasi pelajar bagi mata pelajaran Matematik.
            Walau bagaimanapun, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran juga mempunyai masalah yang tersendiri. Didapati bahawa penggunaan ICT tidak membantu dalam sesetengah tajuk yang memerlukan penerangan mendalam dan tajuk yang melibatkan proses penyelesaian masalah akan mudah diajar sekiranya menggunakan kaedah penerangan di papan hitam.  Seterusnya, kelemahan dalam menggunakan CD yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran iaitu dari segi objektif pengajaran yang berbeza dan tidak semua tajuk memerlukan penggunaan ICT.
Masalah penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik  ialah kelengkapan yang tidak mencukupi dan makmal komputer yang tidak mempunyai komputer di dalamnya. Kerosakan kemudahan peralatan ICT yang ada juga menimbulkan masalah penggunaan semasa pengajaran dan pembelajaran.   Seterusnya, bagi memulakan pengajaran di dalam makmal komputer, pergerakan pelajar dari kelas ke makmal komputer mengambil masa dari lima hingga sepuluh minit. Ini akan menyebabkan masa pengajaran berkurang. Seterusnya, penyediaan peralatan dan perkakasan komputer seperti pemasangan LCD. Ini kerana peralatan tersebut perlu dibawa dari bilik persediaan ke dalam kelas.
Kesimpulannya, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dipengaruhi oleh tajuk yang bersesuaian. Melalui penggunaan ICT akan membantu pemahaman pelajar dalam tajuk yang diajar oleh guru. Ditegaskan bahawa melalui kajian tersebut, tidak semua tajuk yang diajar boleh menggunakan ICT malah dalam satu-satu keadaan, kaedah chalk and talk lebih berkesan untuk memahamkan pelajar.

Aktiviti sepanjang HARI KK SKTR 6.7.11