Thursday, July 7, 2011

JURNAL ICT DALAM PENGAJARAN MATEMATIK

http://eprints.utm.my/10133/1/Noraziah_binti_Kassim@Aziz.pdf


PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DI KALANGAN GURU – (GURU PELATIH UTM)

Sinopsis
             Kajian yang melibatkan lima orang responden ini bertujuan untuk menganalis aspek kelebihan, kelemahan dan masalah-masalah yang dihadapi dalam penggunaan  Information Communication Technology ( ICT )  dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual dan pencerapan untuk mendapatkan data yang akan dianalisis menggunakan analisis kualitatif.
            Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik amat digalakkan seiring dengan ledakan maklumat zaman kini. Hasil dapatan kajian ini, didapati bahawa kelima-lima responden tersebut menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini telah menarik perhatian pelajar untuk memahami isi pengajaran kerana banyak animasi dipaparkan. Selain itu, pelajar akan lebih nampak gambaran sebenar isi pengajaran guru. Pelajar juga lebih bersemangat dan memberikan sepenuh perhatian dan tumpuan semasa guru sedang mengajar. Kelebihan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran seterusnya ialah membantu untuk memudahkan pemahaman pelajar dalam tajuk yang diajarkan dan meningkatkan prestasi pelajar bagi mata pelajaran Matematik.
            Walau bagaimanapun, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran juga mempunyai masalah yang tersendiri. Didapati bahawa penggunaan ICT tidak membantu dalam sesetengah tajuk yang memerlukan penerangan mendalam dan tajuk yang melibatkan proses penyelesaian masalah akan mudah diajar sekiranya menggunakan kaedah penerangan di papan hitam.  Seterusnya, kelemahan dalam menggunakan CD yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran iaitu dari segi objektif pengajaran yang berbeza dan tidak semua tajuk memerlukan penggunaan ICT.
Masalah penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik  ialah kelengkapan yang tidak mencukupi dan makmal komputer yang tidak mempunyai komputer di dalamnya. Kerosakan kemudahan peralatan ICT yang ada juga menimbulkan masalah penggunaan semasa pengajaran dan pembelajaran.   Seterusnya, bagi memulakan pengajaran di dalam makmal komputer, pergerakan pelajar dari kelas ke makmal komputer mengambil masa dari lima hingga sepuluh minit. Ini akan menyebabkan masa pengajaran berkurang. Seterusnya, penyediaan peralatan dan perkakasan komputer seperti pemasangan LCD. Ini kerana peralatan tersebut perlu dibawa dari bilik persediaan ke dalam kelas.
Kesimpulannya, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dipengaruhi oleh tajuk yang bersesuaian. Melalui penggunaan ICT akan membantu pemahaman pelajar dalam tajuk yang diajar oleh guru. Ditegaskan bahawa melalui kajian tersebut, tidak semua tajuk yang diajar boleh menggunakan ICT malah dalam satu-satu keadaan, kaedah chalk and talk lebih berkesan untuk memahamkan pelajar.

8 comments:

  1. artikel yang amat menarik..dapat menambahkan pengetahuan kepada semua guru

    ReplyDelete
  2. Panduan berguna untuk para guru khususnya guru Matematik.

    ReplyDelete
  3. Artikel yang memberi banyak manfaat dan idea untuk diaplikasikan

    ReplyDelete
  4. maklumat yang berguna dan boleh dikongsi bersama..tq

    ReplyDelete
  5. p&p guru lebih berkesan dengan penggunaan ict.

    ReplyDelete
  6. Sememangnya ICT menjadikan p&p lebih berkualiti...

    ReplyDelete
  7. yup saya setuju dgn artikel yg cgu pilih di dalam banyak kelebihan ICT mesti ada juga kekurangannya.

    ReplyDelete
  8. Penggunaan ict dalam p&p sememangnya banyak memberi kebaikan

    ReplyDelete